by Norasikin Sapuan
Seperti yang sedia maklum.. bulan Mei ni merupakan bulan yang meriah dengan pelbagai jenis sambutan termasuklah sambutan hari guru.. Selamat Hari Guru diucapkan… semoga terus tabah mendidik anak bagsa menjadi manusia yang berguna
seperti yang dinyatakan di hari guru di sambut pada 16 Mei setiap tahun tapi pasti ramai yang tak tahu kenapa tarikh ini dipilih.. ok tarikh 16 Mei dipilih kerana pada tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.. dasar itu telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan sejak dari itu dan dinamakan Laporan Razak…, hari guru tidak disambut secara serentak seluruh dunia.. hanya Malaysia sahaja menyambutnya pada 16 Mei.. Tarikh Hari Guru bagi negara lain pula seperti berikut..
• Albania disambut pada 7 Mac.. satu hari sebelum hari ibu yang bersamaan 8 Mac..
• India disambut pada 5 September, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan seorang pendidik terkenal
• China disambut pada 10 September semenjak 1985, salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan pada professional (dua lagi adalah hari jururawat dan hari wartawan)
Setiap tahun tema yag berlainan dipilih sebagai tema Hari Guru.. jika pada tahun 2008 tema yang dipilih ialah Guru Cemerlang Negara Terbilang manakala pada tahun ini pula tema Guru Pembina Negara Bangsa dipilih sebagai tema sambutan.. berikut pula ialah tema Hari Guru sepanjang 10 tahun dari 1999-2009
• 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
• 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
• 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
• 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
• 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
• 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
• 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
• 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
• 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
• 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
• 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
• 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Subscribe to:
Posts (Atom)