REFLEKSI BLOG

NAMA : NORASIKIN BINTI MD SAPUAN
UNIT : KDC PLPS JAJ PM 1 (AMBILAN 2007)
URL BLOG : www.norasikin-sapuan.blogspot.com
TAJUK : BLOG UNTUK PENGAJARAN

REFLEKSI
Alamdullillah, satu lagi tugasan telah saya siapkan. Pada kali ini tajuk tugasan ialah untuk menyiapkan blog pengajaran pembelajan sendiri yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Tugasan ini perlu mengandungi posting berteks, posting bergambar, posting bervideo, posting beraudio dan pautan ke laman web lain. Semasa menerima tugasan ini saya sangat susah hati kerana saya tidak ada pengalaman dan ilmu untuk membina blog. Awal-awal lagi saya sudah membayangkan begitu banyak masalah yang akan saya hadapi. Apa yang saya bayangkan sememangnya menjadi kenyataan.
Antara masalah yang saya hadapi ialah tidak mahir dalam bidang IT. Ilmu yang saya dapat di maktab semasa pembelajaran TSP bersama Pensayarah Pembimbing yang dihormati iaitu Dr. Hj. Kamaruddin Bin Abu Hassan. Langkah pertama yang saya ambil untuk menyiapkan tugasan ini ialah bertanya dengan rakan sekuliah yang banyak memberi tunjuk ajar iaitu Mohd Ismail Bin Sulaiman dan Mirza Adzraf Bin Abu Kassim. Kebanyakkan masalah yang saya rujuk pada Ismail dapat diselesaikan.
Masalah lain yang saya hadapi ialah kekangan masa. Masa yang ada saya terpaksa membahagikannya untuk tugas-tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak dan komitmen dalam tugas-tugas di sekolah. Kadang-kadang saya terpaksa merehatkan diri pada pukul 2 pagi untuk belajar membina blog ini.
Untuk membina blog ini, saya memilih tajuk-tajuk yang sesuai yang boleh dimuatkan di dalam blog. Kemudian saya telah mencari bahan-bahan yang agak menarik minat saya seperti takzirah, masalah semasa, audio dan video yang sesuai untuk dimuatkan di dalam blog. Setelah semua bahan saya kumpulkan, saya pun mula , mengatur langkah untuk menyiapkan blog. Untuk mengumpul bahan-bahan ini saya banyak meminta tunjuk ajar daripada suami ketika suami ada masa lapang. Saya hanya akan meminta bantuan suami ketika waktu lapangnya kerana saya tidak mahu mengganggu tugas-tugasnya.
Bagi pendapat saya, membina blog ini memang ada baiknya sebagai menyimpan bahan-bahan pengajaran dan boleh dikongsi bersama bahan tersebut bagi mereka yang melawati blog berkenaan. Selain itu takzirah dan ilimu-ilmu lain yang boleh menjadi peringatan dan renungan.
Antara cadangan yang sarankan ialah penerangan yang lebih jelas perlu diberi bagi mereka yang tidak mahir seperti saya kerana membina blog bukannya kerja yang mudah. Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu kemahiran lain seperti download, upload dan sebagainya dari laman web yang lain.
Setelah blog in dapat dibina, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Pensyarah Pembimbing yang banyak memberi ilmu, sahabat yang banyak memberi panduan dan keluarga yang banyak memberi dorongan. Apa pun, hidup perlu diteruskan, cabaran sebagai kekuatan untuk terus berjayan. Lakukan segalanya dengan redha dan ikhlas kerana Allah. Semoga Allah memberkati segala kebaikan yang kita lakukan. Amin………………………

ST 12-Kebesaranmu (HD Video Clip)